wItH lOvE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 26, 2010

kisah cintaku

contest kisah cintaku by kak noie...<----klik sini
sangat seronok join tuk mengimbau kenangan...

Powered by BannerFans.com


....cErItA aNtArA sEoRaNg AkU & sEoRaNg DiA....




Kisah kami bermula 3 tahun yang sudah..melalui contest nie dapat gak mengimbau kenangan yang takan aku lupa seumur hidup…

Pengnalan melalui laman chating tak ku duga akan membawa kepada satu perkenalan yang membawa kepada bermulanya satu perhubungan. Nick Jejaka_segak yang selalu muncul dalam ruangan mesej personal menimbulkan seribu tanda tanya kepada diri ku siapa gelaran insan yang tak kenal erti putus asa untuk mengenaliku. Salam perkenalan yang terbiar kesepian akhirnya ku sambut..
Dari berchating di internet membawa kepada bercakap di telifon.berkongsi tentang kehidupan, pengalaman, hobi dan hati menimbulkan satu perasaan yang asing da dalam diri adakah itu cinta masih tertanya-tanya. Ingin ku ungkap takut bertepuk sebelah tangan. Persoalan ku biarkan sepi di lubuk hati.
Hampir 11 bulan berchating tanpa ku ketahui rupa parasnya, tingkah lakunya akhirnya membawa kepada pertemuan pertama kami. Selepas bersetuju untuk bersua muka tarikh 1/11/2008 dipilih sebagai tarikh keramat. Melalui laman chat dia kelihatan seperti seorang lelaki yang baik walupun kadang kala sikap mu tak ku fahami..
Dalam kepekatan malam, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan bertemu, otak ku ligat memikirkan tentang kita, saat pertama kali kita bertemu di alam maya. Saat pertama kali aku mendengar suaramu. Dan kini saat pertama kali aku akan bertentang mata dengan mu. Aku gentar, aku tak punya kekuatan untuk semua itu. Hampir saja aku mahu menbatalkan pertemuan kita. Tinggal beberapa jam sebelum mentari menunjukan wajah cerianya kepada ku otak ku masih ligat berfikir tentang pertama kali kita berkenalan. Ku gagahkan juga mata untuk tidur kerana jam hampir menunjukan subuh. Aku perlukan rehat dan tenaga untuk melalui hari besok
20 minit selepas kapal terbang yang ku naiki selamat mendarat aku gentar untuk keluar dari balai ketibaan. Aku mengambil masa sendiri untuk kemaskan diri untuk kali terakhir sebelum keluar menemui dirimu. Aku menolak troli yang mengandungi bagasi dan barang-barang ku keluar. Dengan lafas bismillah aku melangkah keluar dengan kaki kanan dengan harapan tiada kejutan yang aku terima selain dari bersua muka dengan mu.
5 minit berlalu, aku mencari wajah mu di kalangan ribuan manusia di situ, tiba-tiba aku terpandang seraut wajah yang aku kenali. Aku menolak troli yang mengandungi barang-barangku dengan tenang menghampiri kamu. Dalam gentar aku menegur dan menyambut tangan mu dan ku cium sebagai tanda hormat ku buat pertama kali pertemuan kita. Pertama ku melihat mu bergetar rasa hati tak mampu menatap wajah mu.

Pertemuan pertama yang membawa kepada pertemuan seterusnya walaupun ketika itu aku masih lagi menuntut. Kamu sabar menunggu sehingga aku menamatkan pengajian ku terima kasih ku ucapkan.
Kini kita bahagia seirung bersama menuju ke jinjang kebahagiaan insyaallah. Takkan ku lupa lamaran mu. Aku menanti hari bahagia itu.
Kepada mohd rosli bin elias kau adalah segalanya pada ku. Kekasihku, kawanku, kebahagiaanku selepas ALLAH s.w.t. aku bersyukur mengenali mu. Terima kasih atas kesabaran mu menunggu ku dan melayani segala kerenah ku.


3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

hApPy BiRtHdAy PhArIsH

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~my konvokesyen day~


Myspace Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com